Sifat-sifat Kalium nitrat

Kalium nitrat mempunyai struktur kristal ortorombik pada suhu bilik, yang berubah menjadi sistem trigon pada 129 °C.

Kalium nitrat agak larut di dalam air, tetapi keterlarutannya meningkat dengan suhu (lihat kotak maklumat). Larutan berairnya hampir-hampir neutral, menunjukkan pH 6.2 pada 14 °C bagi larutan 10% serbuk komersial. Ia tidak begitu higroskopik, yang menyerap kira-kira 0.03% air dalam 80% kelembapan bandingan selama 50 hari. Ia tidak larut di dalam alkohol dan tidak beracun; ia mampu bertindakbalas secara meruap dengan agen penurun, tetapi ia tidak mudah meletup dengan sendirinya.[2]

Penguraian terma

Antara 550 dan 790 °C kalium nitrat mencapai keseimbangan bersandarkan suhu dengan kalium nitrit:[13]

2 KNO3 ↔ 2 KNO2 + O2

Rujukan

WikiPedia: Kalium nitrat http://www.comlaw.gov.au/Details/F2011C00827 http://www.ufpi.br/subsiteFiles/ppgo/arquivos/file... http://www.chicagotribune.com/health/sc-health-051... http://www.foodnetwork.com/food/recipes/recipe/0,,... http://www.galleries.com/minerals/carbonat/niter/n... http://books.google.com/?id=6DfRYDE0ViwC http://books.google.com/?id=aG0gAAAAMAAJ http://books.google.com/books?id=1h9zzSH-NmwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=8xfs8tC8Ow0C&pg=P... http://books.google.com/books?id=CVNoJydnGAoC&pg=P...